Sunday, 25 October 2020

1.0              PENGENALAN

Kelab ini pada awalnya aktif dari tahun 2013. Ia telah mengumpulkan bekas pelajar bahkan juga bekas pemain bolasepak pasukan SMK Seri Ampang (SSA).  Pelbagai aktiviti perlawanan persahabatan yang disertai dari pelbagai peringkat umur, yang masih aktif bermain bolasepak walau telah mencapai umur 40 tahun keatas (veteran)

Pada tarikh 31-01-2020 Kelab Bolasepak Seri Ampang Old Boys FC telah lulus pendaftaran sebagai sebuah kelab sukan. Ia didaftarkan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran C-KUL-09138. Kini, kelab ini akan mengadakan kerjasama bersama pihak SMK Seri Ampang untuk membentuk pasukan bolasepak bagi mewakili pasukan SMK Seri Ampang. Inshaa Allah.

2.0              PENDAHULUAN

Mereka semua yang terlibat masih aktif bermain bola sepak walaupun memasuki usia 50 tahun. Kami berjaya mengumpulkan 20 ke 25 orang bekas pelajar dalam satu-satu masa perlawanan persahabatan. SAOB FC sering mengadakan perlawanan persahabatan di sekitar Lembah Klang yang merupakan satu aktiviti sukan yang mampu menghubungkan silaturahim di kalangan bekas-bekas murid SSA.

SAOB FC diwujudkan bukan sahaja berjaya mengumpul bekas murid SSA, malah kami bertujuan untuk membina sebuah pasukan bola sepak yang mampu menyertai pertandingan bola sepak amatur malah professional. Di kalangan mereka yang menyertai SAOB FC meliputi pelbagai kerjaya dari pelbagai sektor dan industri selepas mendapat pendidikan di SMK Seri Ampang. Dengan mengadakan perjumpaan melalui perlawanan persahabatan yang di adakan, kami dapat bertukar-tukar idea serta dapat meningkatkan lagi kualiti bukan sahaja permainan bola sepak malah meningkatkan lagi taraf sosial serta kerjaya.

Sepanjang tempoh dari 2013 hingga 2020, pelbagai dugaan serta pengalaman di samping perkongsian maklumat maka kini SAOB FC mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang. Ia bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta kemahiran bagi kebaikan pihak sekolah, PIBG dan juga pelajar SSA. Kerjasama melalui aktiviti sukan bola sepak adalah salah satu usaha penambahbaikan kepada pihak sekolah di semua peringkat.

           2.1      PERNYATAAN MISI

Menyediakan rekreasi bola sepak dengan sewajarnya untuk menampung mana-mana tahap permainan setimpal dengan pemain kami keupayaan individu, potensi, dan faedah serta menggalakkan budaya sukan positif yang mengajar pelajaran hidup dan "Permainan Terpuji" untuk semua pemain

2.2       PERNYATAAN VISI

Dengan latihan menggunakan prinsip-prinsip Bimbingan Positif, mempunyai menyeronokkan bermain permainan, terasa seperti satu bahagian penting dalam pasukan tanpa mengambil kira prestasi, belajar "pelajaran hidup" yang mempunyai nilai di luar lapangan bermain dan Belajar kemahiran, taktik dan strategi permainan dan memperbaiki skill sebagai seorang pemain.

2.3       OBJEKTIF

2.3.1    Mengeratkan kembali hubungan silaturrahim di kalangan bekas pelajar yang pernah belajar di Sekolah Seri Ampang.  .

2.3.2    Menjadi satu pasukan bolasepak amatur yang di segani khususnya di Lembah Kelang dan Malaysia amnya

2.3.3    Mewujudkan pengurusan yang lebih professional setaraf dengan pasukan professional lain.


 3.0         STRATEGI PERLAKSANAAN

    Senantiasa meningkatkan penyediakan kelengkapan dan peralatan sukan yang bersesuaian di samping prasarana kemudahan latihan bola sepak. Pihak Sekolah telah memberi kebenaran SAOB FC untuk penggunaan padang latihan bola sepak bukan sahaja untuk kami membuat latihan malah akan turut sama membantu pihak sekolah membentuk pasukan bola sepak sekolah yang kuat. Disamping kelengkapan fizikal, SAOB FC turut serta dalam pembangunan kejurulatihan (coaching) bagi memperolehi sijil jurulatih untuk para ahli dan pemain disamping akan turut melibatkan diri dalam kursus pengadil yang di anjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 

.

No comments:

Post a Comment

1.0                PENGENALAN Kelab ini pada awalnya aktif dari tahun 2013. Ia telah mengumpulkan bekas pelajar bahkan juga bekas pemain bol...