1.0 PENGENALAN
Kelab ini pada awalnya aktif dari tahun 2013. Ia telah mengumpulkan bekas pelajar bahkan juga bekas pemain bolasepak pasukan SMK Seri Ampang (SSA). Pelbagai aktiviti perlawanan persahabatan yang disertai dari pelbagai peringkat umur, yang masih aktif bermain bolasepak walau telah mencapai umur 40 tahun keatas (veteran)
Pada tarikh 31-01-2020 Kelab Bolasepak Seri Ampang Old Boys FC telah lulus pendaftaran sebagai sebuah kelab sukan. Ia didaftarkan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan nombor pendaftaran C-KUL-09138. Kini, kelab ini akan mengadakan kerjasama bersama pihak SMK Seri Ampang untuk membentuk pasukan bolasepak bagi mewakili pasukan SMK Seri Ampang. Inshaa Allah.
2.0 PENDAHULUAN
Mereka semua yang terlibat masih aktif bermain bola sepak walaupun memasuki usia 50 tahun. Kami berjaya mengumpulkan 20 ke 25 orang bekas pelajar dalam satu-satu masa perlawanan persahabatan. SAOB FC sering mengadakan perlawanan persahabatan di sekitar Lembah Klang yang merupakan satu aktiviti sukan yang mampu menghubungkan silaturahim di kalangan bekas-bekas murid SSA.
SAOB FC diwujudkan bukan sahaja berjaya mengumpul bekas murid SSA, malah kami bertujuan untuk membina sebuah pasukan bola sepak yang mampu menyertai pertandingan bola sepak amatur malah professional. Di kalangan mereka yang menyertai SAOB FC meliputi pelbagai kerjaya dari pelbagai sektor dan industri selepas mendapat pendidikan di SMK Seri Ampang. Dengan mengadakan perjumpaan melalui perlawanan persahabatan yang di adakan, kami dapat bertukar-tukar idea serta dapat meningkatkan lagi kualiti bukan sahaja permainan bola sepak malah meningkatkan lagi taraf sosial serta kerjaya.
Sepanjang
tempoh dari 2013 hingga 2020, pelbagai dugaan serta pengalaman di samping
perkongsian maklumat maka kini SAOB FC mencapai kata sepakat untuk bekerjasama
dengan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang. Ia bertujuan untuk
berkongsi pengalaman serta kemahiran bagi kebaikan pihak sekolah, PIBG dan juga
pelajar SSA. Kerjasama melalui aktiviti sukan bola sepak adalah salah satu
usaha penambahbaikan kepada pihak sekolah di semua peringkat.
2.1 PERNYATAAN MISI
Menyediakan rekreasi bola sepak dengan sewajarnya untuk menampung mana-mana tahap permainan setimpal dengan pemain kami keupayaan individu, potensi, dan faedah serta menggalakkan budaya sukan positif yang mengajar pelajaran hidup dan "Permainan Terpuji" untuk semua pemain
2.2 PERNYATAAN VISI
Dengan latihan
menggunakan prinsip-prinsip Bimbingan Positif, mempunyai menyeronokkan bermain
permainan, terasa seperti satu bahagian penting dalam pasukan tanpa mengambil
kira prestasi, belajar "pelajaran hidup" yang mempunyai nilai di luar
lapangan bermain dan Belajar kemahiran, taktik dan strategi permainan dan
memperbaiki skill sebagai seorang pemain.
2.3 OBJEKTIF
2.3.1 Mengeratkan kembali hubungan silaturrahim di kalangan
bekas pelajar yang pernah belajar di Sekolah Seri Ampang. .
2.3.2 Menjadi satu pasukan bolasepak amatur yang di segani
khususnya di Lembah Kelang dan
2.3.3 Mewujudkan
pengurusan yang lebih professional setaraf dengan pasukan professional lain.
3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
Senantiasa meningkatkan
penyediakan kelengkapan dan peralatan sukan yang bersesuaian di samping
prasarana kemudahan latihan bola sepak. Pihak Sekolah telah memberi kebenaran SAOB FC untuk penggunaan
.

