Perancangan

Pengenalan

Pengenalan

 KERTAS CADANGAN: PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 2021-2026

1. RASIONAL

Bola sepak adalah suatu sukan yang sudah sedia terkenal di persada dunia. Sukan ini seringkali dipertandingkan di pertandingan-pertandingan di seluruh dunia, dan antara yang pertandingan-pertandingan peringkat negara, Asia Tenggara, Asia malahan dunia. Bola sepak seringkali juga dikaitkan dengan proses yang boleh menggalakkan semangat setiakawan, kerjasama dan rasa hormat-menghormati sesama manusia.

2. MATLAMAT

Melalui sukan bola sepak, para pelajar dapat mengambil bahagian dalam pertandingan di pelbagai peringkat dan ia juga dapat mencungkil bakat pelajar di peringkat awal. Disamping dapat melahirkan atlit-atlit yang berdisiplin, berkemahiran, berketrampilan disamping memastikan perkembangan yang seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan akhlak, nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara. Oleh yang demikian , khidmat jurulatih luar yang bertauliah akan digunakan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan kepada seluruh warga sekolah khususnya untuk murid- murid sekolah ini.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada para pelajar yang berminat untuk mempelajari permainan sukan bola sepak.

3.2 Mengaturkan pertandingan bola sepak, perlawanan persahabatan atau lain-lain, bersama kelab-kelab dan sekolah-sekolah yang sesuai dan mempunyaipasukanbola sepak mereka sendiri.

3.3 Membuat pemilihan pasukan bola sepak sebagai wakil sekolah atau kelab di dalam pertandingan-pertandingan yang disertai.

3.4 Menanam sifat kerjasama dan hormat-menghormati sesama manusia melalui sukan bola sepak.

3.5 Menggalakkan semangat bersukan sekaligus melaksanakan dasar kementerian pendidikan iaitu 1Murid 1Sukan.

4. STRATEGI PELAKSANAAN

4.1 Mengadakan kerjasama dengan Kelab Bolasepak Seri Ampang Old Boys (SAOB FC) mengenai sistem latihan serta teknikal.

4.2 Mengadakan kerjasama dengan PIBG serta KSIB peringkat SMK Seri Ampang bagi penglibatan ibu bapa bersama anak-anak mereka

4.3 Mengadakan sesi perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah sukan di Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment